Saturday, October 17, 2015

Bukan Buku Tapi Bab

Assalamualaikum.

eh. bukan dia kah dulu yang dot dot dot.
lepas tu dia dot dot dot.
sekarang dia dot dot dot.
nah! 1001 dot dot dot pasal aku.

Persetankan semua!
kaki aku yang masih kuat untuk berlari.
mata aku yang masih kuat untuk mencari.
hati aku yang masih kuat untuk mencintai.
jiwa aku yang masih kuat untuk menemani.

ya, aku tidak jemu mencari jejaka.
tidak!
kalau aku jumpa salah, aku berhenti.
aku cari lagi.
salah lagi.
aku berhenti lagi.
aku cari lagi dan lagi.
tidak aku berhenti selagi dia yang tertulis tidak ku temui.

hidup aku?
semalam. banyak drama.
dari air mata,
dari gelak tawa.
dari sendu jiwa.
dari gurau senda.

hari ini?
juga banyak drama.
drama mencari kimia bersama.
bersulam air mata.
dianyam tingkah suara.
ditatah rajuk lara.
demi mencari bahagia bersama.

akan datang?
semoga drama semalam dan hari ini,
mewarnai hidup esok.
melengkapi hidup esok.
menceriakan hidup esok.

aku bahagia bergelar tunang kali kedua.
kepada dia.
bekas ketua pengawas.
bekas senior.
bekas tukang ikrar.
bekas kekasih.
sang tunang.
bakal suami.

menghitung bulan menjadi yang halal untukmu.

1 comment:

  1. ayu. congrat! happy for you. semoga terus bahagia hari ini, esok dan selamanya. Selamat menjadi halal untuk si dia! tahniah dear!

    ReplyDelete