Saturday, January 17, 2015

Assalamualaikum.

HI! its been a long time since the last time I updated my blog. fuhh fuhh tiup debu tiup debu.
lagi sebulan nak setahun. well, my life quite complicated past month. my 2014? its a total suck. i lost so much in 2014. so, its 2015! i hope everything goes well. ameen.

here's my kick start. i hope you enjoy reading it!

Dua ribu empat belas.
Ya, dua ribu empat belas.
Ada apa pada dua ribu empat belas?
Ada luka, ada duka, ada suka, ada cuka.

Gembira?
Ada! tapi, tidak menandingi sedih yang ada.
Kau, kau dan kau.
Melihat mengguna mata di laman Mawar Kasut Merah.
Menganyam andaian mengguna jari.
Apa kau tahu bisa yang aku rasa?
Apa kau mengerti gelodak di jiwa?
Apa kau nampak hati yang berdarah?


Kau hakim di dunia maya.
Kau hakim di dunia fana.
Kau hakim di papan kekunci.
Kau hakim dalam kalangan mereka.

Ayuh, sarungkan kakimu di kasut merahku.
Cuba kau berjalan sebagai aku.
Apa kau rasa?
Mampu kau berdiri seperti aku?
Menguntum senyum menutup tangis.
Apa kau rasa?
Mampu kau bercanda di jagamu?
Setelah tidurmu kau menangis.
Jangan sewenangnya kau mengata.
Kerana engkau bukan tuan punya cerita.
Saksikan dengan mata.
Jadikan ini pengajaran di hari kemudian.
Siapa tahu, ini masaku?
Siapa tahu, esok masamu?
ku tinggalkan dua ribu empat belas.
di belakang.
di dalam.
di sudut tersembunyi.
agar luka itu tidak menjengah lagi.

Dua ribu lima belas?
Alhamdulillah.
Peluang kedua.
Untuk aku.
Untuk dia.
Bangkit bersama.
Berubah bersama.
Dua ribu lima belas.
Perjalanan hidup diteruskan.
Mengintai peluang menganyam bahagia,
Setelah luka dicucuk bisa.
Ahh, persetan segala bicara manusia.
Pedulikan kata mereka.
Bahagia?
Bukan mereka yang rasa.
Bukan mereka yang gembira.
Tapi aku dan dia.
Dunia aku dan dia.
Jangan kau kacau bahagia ini.
Kerana sesungguhnya,
Aku mulai lupa duka yang lama.

Terima Kasih Cinta.
Terima Kasih kerana tanganmu memegangku erat.
Terima Kasih kerana hatimu masih punya aku.
Terima Kasih kerana tidak berputus asa.
Aku sayang kau!

Mohd Termizi Azmain.

0 9 mendoakan cik mawar selim:

Post a Comment