Friday, February 3, 2012

pesanan buat bakal kekasih halalku :)

Assalamualaikum :)

Tolong bagitau dia, bahawa saya ada pesanan buat dia. 
Tolong bagitau dia, bahawa cinta yang agung itu adalah cinta dariNya.
Tolong bagitau dia, cinta manusia membuat kita alpa. 

Tolong nasihatkan dia, jangan mencintaiku melebihi dari mencintaiNya.
Tolong nasihatkan dia, jangan mengingatiku lebih dari mengingatiNya. 
Tolong nasihatkan dia, jangan mendoakanku lebih dari mendoakan kedua ibu bapanya. 

Tolong ingatkan dia, aku terpikat dengannya bukan kerana hartanya, tapi Imannya. 
Tolong ingatkan dia, aku kasihi dia bukan kerana rupanya, tapi santunnya. 
Tolong ingatkan dia, aku lebih cintakan ALLAH lebih dari aku cinta dia. 


Tolong sedarkan dia, aku milik abadi Yang Maha Esa.
Tolong sedarkan dia, aku masih milik keluarga aku. 
Tolong sedarkan dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. 

Tolong pesankan dia, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya. 
Tolong pesankan dia, aku tidak mahu jadi punca kegagalan dia. 
Tolong pesankan dia, aku tahu ALLAH ada untuk menjaga dia. 

Tolong sampaikan padanya, bahawa aku ingin cinta yang suci. 
Tolong sampaikan padanya, cinta ALLAH tak ternilai harganya.
Tolong sampaikan padanya, cinta ini terjaga jika dia menjaga hubungannya dengan Yang Kuasa. 

Tolong sampaikan kepadanya kerana aku tidak mampu menyampaikannya kerana dia berada jauh dariku. 



sadaqallahulazim. 

2 comments: