Monday, October 17, 2011

ya Allah.

Assalamualaikum.


aku on9 FB mcm biasa. aku baca status orang sambil gelak2. dan tawaku mati saat aku baca ini. 


"Jika kamu mengkagumi akal dan fikiran Steve Jobs...dia sudah mati, jikakamu suka nyanyian & tarian Michael Jackson, dia juga sudah mati. Jika kamu kata Mike Tyson hebat, dia menangis di depan kaabah. Jika kamu kagumi petikan gitar Sham Kamikaze, dia kini mencari keredhaan Allah. Jika kamu dulu suka jenaka Bob Lokman, dia kini menghambakan diri untuk dihina demi Allahnya. Jika dulu kamu suka berdangdut, Raja dangdut Iwan ingin menghabiskan sisa hidupnya dgn berdakwah dan jika kamu mengkagumi kekayaan Sultan Brunei...baginda takut untuk tidak melaksanakan hukum Allah kerana bimbang apa yg ingin dijawab dihadapan Allah nanti... Nama2 hebat yg kamu kagumi akhirnya mati. Mereka yg masih hidup pula, mereka kini amat gerun dgn Allah...Percayalah kata Rasulullah saw, Islam akan bangkit di akhir zaman..."berdoalah kamu, kamu bukan tergolong dlm golongan yg dalam kerugian!...Amin"


ya Allah, sungguh aku leka. aku sudah jarang membaca kitab suciMu ya Allah. bibirku kering tanpa memujiMu ya Allah. sungguh aku leka. ya Allah, ampunilah dosaku ya Allah kerana melupakanMu. kuatkan iman hambaMu ini ya Allah.

0 9 mendoakan cik mawar selim:

Post a Comment