Thursday, September 22, 2011

airmata :'(

assalamualaikum..


airmata itu jatuh lagi
airmata itu mengalir lagi
airmata itu berlinang lagi
airmata itu airmata aku

airmata itu kerana rindu
airmata itu kerana cinta
airmata itu kerana sayang
airmata itu airmata aku

airmata itu menyakitkan yang menzahirkannya
airmata itu memedihkan yang menyaksikannya
airmata itu membebankan keduanya
airmata itu airmata aku

ya Rabb, hapuskan airmata ini dengan mencabut cintaku padanya.
ya Muhaimeen, hapuskan airmata dengan memperdalam cintaku padaMu.
ya Rahman, hapuskan airmata ini kerana aku sungguh tak kuat untuk menghadapinya. 
ya Rabbul Izzati, hapuskan airmata ini kerana aku tak mampu lagi untuk menyapunya. 

semoga aku mencintai engkau sebagai seorang sahabat. ameen. 

witten by : mawar.ayu
all rights reserved

0 9 mendoakan cik mawar selim:

Post a Comment